Wednesday, May 7, 2014

Maklumat Terkini, Tarikh Penghantaran Dokumen dan Waktu Melaporkan Diri

Salam sejahtera.

A. Adegan ulang tayang.

Di sini kami ingin memaklumkan sekali lagi tentang apa yang sudah dibincangkan pada majlis taklimat tempoh hari.

1. Anda boleh menggunakan dua gong. Namun kalau tempat yang disediakan kecil, maka para pendikir perlu menyesuaikan diri di dalam ruang yang disediakan.

2. Karut Pattani - tiada paluan yang dibenarkan melainkan sewaktu korus.

3. Anda boleh menggunakan dua canang.

Selaku penganjur, kami berharap sangat agar para pendikir tidak memperlekehkan sesi taklimat yang dijalankan. Harap para wakil yang hadir bukan dipilih untuk sekadar mengisi ruang dan mencabut nombor, kerana rasanya apa yang diutarakan/disoal telah pun dibincang pada majlis taklimat. Andainya agenda di  majlis taklimat perlu diulang berkali-kali, maka sia-sialah peranan serta fungsi diadakan majlis taklimat itu sendiri.

Majlis taklimat pada kali ini berlangsung selama 2 jam. Agak payah bagi pihak penganjur untuk menulis segala inti pati majlis tersebut ke dalam blog. Mungkin itu menjadi amalan pertandingan yang lain, namun kami berharap agar soalan-soalan yang pernah ditanya pada waktu taklimat dapat disampaikan kepada semua yang terlibat supaya tidak menyukarkan mana-mana pihak, lebih-lebih lagi kepada individu yang bukan tergolong dalam jawatankuasa penganjur.

Terlanjur ada permintaan untuk mengemas kini blog, maka diharap apa yang tertera ini dibaca seadanya dan dijadikan pegangan. Kedua-dua pihak penganjur dan pihak peserta mempunyai tanggungjawab masing-masing.


Terima kasih,


B. Kerja administrasi

Penghantaran senarai nama peserta serta dokumen untuk membuktikan kelayakan peserta perlu dijalankan pada 24 Mei 2014, jam 6 petang hingga 8 malam di Kelab Masyarakat Potong Pasir. Tiket-tiket boleh diambil pada hari itu. Kumpulan-kumpulan yang belum melunaskan wang tiket perlu membawa wang tiket sebegaimana yang dijelaskan pada majlis taklimat.



C. Berikut merupakan waktu untuk melaporkan diri pada hari pertandingan kelak.


Pertandingan akan bermula pada jam 1.30 tengah hari.

Kumpulan-kumpulan berikut perlu melaporkan diri pada jam 1 tengah hari.


1. Sekolah Menengah Fuhua (Lelaki)
2. Sekolah Menengah Fuhua (Wanita)
3. Sekolah Menengah Jurongville (Wanita)
4. Sekolah Menengah Xin Min (Lelaki)
5. Sekolah Menengah Jurongville (Lelaki)


Kumpulan-kumpulan berikut perlu melaporkan diri pada pukul 2.15 petang

1. Politeknik Nanyang (Lelaki)
2. Politeknik Temasek (Lelaki)
3. Politeknik Singapura (Wanita)
4. ITE West (Wanita)
5. ITE East (Wanita)

Kumpulan-kumpulan berikut perlu melaporkan diri pada pukul 3.15 petang

6. Politeknik Repablik (Wanita)
7. Politeknik Singapura (Lelaki)
8. Politeknik Repablik (Lelaki)
9. ITE East (Lelaki)
10. ITE West (Lelaki)
11. Politeknik Ngee Ann (Lelaki)


Kumpulan-kumpulan berikut perlu melaporkan diri pada pukul 5.15 petang


12. Politeknik Nanyang (Wanita)
13. Politeknik Temasek (Wanita)
14. Politeknik Ngee Ann (Wanita)



Semoga segalanya berjalan lancar kelak, Insya-Allah.


Terima kasih sekalung budi.


yang menjalankan tugas
AJK Suara Serumpun 2014












No comments:

Post a Comment