Tuesday, August 19, 2014

Perhatian Pemenang Suara Serumpun 2014

Salam sejahtera.


Sukacita dimaklumkan, bahawa setelah audit dengan selesanya telah dijalankan pada bulan ini, dan hal-hal yang bersangkutan dengan pentadbiran telah berjaya dijelaskan, maka kami ingin mengundang wakil bagi para pemenang untuk pergi ke Kelab Masyarakat Potong Pasir pada hari Isnin 25 Ogos 2014 selepas jam 1 tengah hari.

Pihak kelab masyarakat akan mendaftar nama/institusi anda, dan pembayaran akan diberikan pada minggu yang berikutnya.


Pihak CC sedang diaudut, dan kepincangan ini amat dikesali.


Terima kasih kerana sudi bersabar.


Kami akan memastikan hal yang sebegini tidak akan berulang lagi pada tahun 2015 kelak.



yang menjalankan tugas
Djohan A Rahman

Monday, June 16, 2014

Keputusan Penuh Piala Suara Serumpun - Kategori IPT

Salam sejahtera kepada para peserta juga kepada para guru yang terlibat dalam pertandingan Piala Suara Serumpun 2014.

Selesai sudah pertandingan yang dijalankan pada tahun ini.
Berikut merupakan keputusan penuh pertandingan Piala Suara Serumpun 2014.



1. Singapore Polytechnic (L) (371.5)
2. Republic Polytechnic (L)  (363)
3. Temasek Polytechnic (L) (355.5)
4. Ngee Ann Polytechnic (L) (350.5)
5. ITE West (L) (342)
6. ITE West (G) (336)
7. ITE East (L) (333.5)
8. Ngee Ann Polytechnic (G) (329.5)
9. Republic Polytechnic (G) (326.5)
10. Temasek Polytechnic (G) (324)
11. Nanyang Polytechnic (L) (322)
12. Nanyang Polytechnic (G) (313.5)
13. Singapore Polytechnic (G) (309.5)
14. ITE East (G) (304)

Senikata Terbaik
1. Singapore Polytechnic (L) (80)
2. ITE West (G) (70)
3. Ngee Ann Polytechnic (L) (69)

Juara Terbaik
1. Republic Polytechnic (L) (83.5)
2. Temasek Polytechnic (L) (82)
3. Singapore Polytechnic (L) (73)

Karut Terbaik
1. Singapore Polytechnic (L) (77)
2. Temasek Polytechnic (L) (73)
3. ITE West (L) dan Republic Polytechnic (L) (72)

Paluan Terbaik
Akan diumumkan kelak.
Harap pihak ITE West dan Temasek Polytechnic dapat menghubungi
pihak penganjur.


Awok-awok Terbaik
1. Republic Polytechnic (L) (79.5)
2. Ngee Ann Polytechnic (L) (76.5)
3. ITE West (L) (76)


Kumpulan-kumpulan berikut telah dipotong 10 markah kerana melanggar hukum 'tepuk di atas gong' sebagaimana yang diterangkan pada majlis taklimat.

1. Polytechnic Republic (L)
2. ITE West (L)
3. Nanyang Polytechnic (G)
4. Temasek Polytechnic (G)
5. Temasek Polytechnic (L)
6. Singapore Polytechnic (G)
7. Republic Polytechnic (G)

Cek bagi pihak pemenang akan disediakan dan dihantar kepada institusi-institusi yang berjaya.

Tahniah kepada semua pemenang. Yang tidak berjaya, pertingkatkan usaha dan semangat. Janganlah berputus asa. Kita bersua lagi pada Piala Suara Serumpun 2015 kelak.


Piala Suara Serumpun 2014 merupakan pertandingan yang pertama kali dianjurkan secara keseluruhan oleh Kelab Masyarakat Potong Pasir. Berdasarkan pertandingan yang telah dijalankan, berikut merupakan perkara-perkara yang bakal diperbaiki pada tahun 2015.

1. Pertandingan mungkin akan dijalankan di lokasi yang berbeza untuk menampung jumlah penonton yang ingin menyaksikan pertandingan tersebut.

2. Sekiranya masih terdapat sekurang-kurangnya 7 institusi yang menghantar 2 kumpulan (lelaki dan wanita), kami akan mengadakan kategori lelaki dan kategori wanita pada tahun 2015.


Terima kasih atas sokongan yang diberi.

Majulah Seni Bangsa Berdaulat.


Yang menjalankan tugas
Djohan A Rahman





Wednesday, June 11, 2014

Keputusan Penuh Suara Serumpun 2014 - Kategori Sekolah Menengah

Salam sejahtera kepada para peserta juga kepada para guru yang terlibat dalam pertandingan Piala Suara Serumpun 2014 -  Kategori Sekolah MenengahSi Cilik.

Selesai sudah pertandingan yang dijalankan pada tahun ini.
Berikut merupakan keputusan penuh pertandingan Piala Suara Serumpun 2014 - Kategori Sekolah Menengah.



1. Sekolah Menengah Jurongville - Wanita (335)
2. Sekolah Menengah Jurongville - Lelaki (333)
3. Sekolah Rendah Fuhua dan Xinmin (324.5)



Senikata Terbaik
1. Fuhua (73)
2. Jurongville - Wanita (66)
3. Xinmin (62.5)

Juara Terbaik
1. Fuhua (64.5)
2. Jurongville - Wanita (63.5)
3. Xinmin (62)


Karut Terbaik
1. Jurongville - Lelaki (78)
2. QihuaJurongville - Wanita (70)
3. Xinmin (69)


Paluan Terbaik
1. Jurongville - Lelaki (71.5)
2. Xinmin (67.5)
3. Fuhua (63)


Awok-awok Terbaik
1. Jurongville - Wanita (78)
2. Xinmin (63.5)
3. Fuhua dan Jurongville - Lelaki (63)


Tahniah kepada semua pemenang. Yang tidak berjaya, pertingkatkan usaha dan semangat. Janganlah berputus asa. Kita bersua lagi pada Suara Serumpun 2015 kelak.








Sunday, May 25, 2014

Waktu Laporan Terkini

Salam sejahtera


Berikut merupakan waktu laporan terkini untuk para peserta Pertandingan Suara Serumpun 2014.


Kumpulan-kumpulan berikut perlu melaporkan diri pada pukul 10.30 pagi

1. Sekolah Menengah Fuhua (Wanita)
2. Sekolah Menengah Jurongville (Wanita)
3. Sekolah Menengah Xin Min (Lelaki)
4. Sekolah Menengah Jurongvilee (Lelaki)


Kumpulan-kumpulan berikut perlu melaporkan diri pada pukul 1.00 tengah hari. 

1. Politeknik Nanyang (Lelaki)
2. Politkenik Temasek (Lelaki)
3. Politeknik Singapura (Wanita)
4. ITE West (Wanita)
5. ITE East (Wanita)




Kumpulan-kumpulan berikut perlu melaporkan diri pada pukul 2.15 petang

6. Politeknik Repablik (Wanita)
7. Politkenik Singapura (Lelaki)
8. Politeknik Repablik (Lelaki)
9. ITE East (Lelaki)
10. ITE West (Lelaki)


Kumpulan-kumpulan berikut perlu melaporkan diri pada pukul 4 petang. 

11. Politeknik Ngee Ann (Lelaki)
12. Politkenik Nanyang (Wanita)
13. Politeknik Temasek (Wanita)
14. Politeknik Ngee Ann (Wanita)



NOTA PENTING

Tiket bagi Suara Serumpun 2014 sudah habis dijual.
Untuk memenuhi permintaan, pertandingan antara sekolah menengah akan dijalan bersama pertandingan Si Cilik. Pertandingan Si Cilik akan bermula pada jam 10 pagi. Diharapkan ini akan memberi ruag kepada mereka yang ingin menyaksikan pertandingan kategori antara sekolah menengah, kerana sehingga kini hanya Sekolah Menengah Jurongville yang telah menempah tiket.

Kategori sekolah menengah dijangkakan tamat pada jam 1 tengah hari. Guru-guru  boleh membuat perancangan dari segi pengangkutan  khususnya bagi para pelajar yang ingin pulang ke sekolah. Para guru mempunyai pilihan untuk terus mengikuti pertandingan Suara Serumpun sehingga jam 6 petang atau mengikut sekolah-sekolah yang bertanding dalam pertandingan Si Cilik dan pulang pada selewat-lewatnya jam 1 tengah hari.


Semoga segalanya berjalan lancar kelak, Insya-Allah.

yang menjalankan tugas
Djohan A Rahman











Wednesday, May 7, 2014

Maklumat Terkini, Tarikh Penghantaran Dokumen dan Waktu Melaporkan Diri

Salam sejahtera.

A. Adegan ulang tayang.

Di sini kami ingin memaklumkan sekali lagi tentang apa yang sudah dibincangkan pada majlis taklimat tempoh hari.

1. Anda boleh menggunakan dua gong. Namun kalau tempat yang disediakan kecil, maka para pendikir perlu menyesuaikan diri di dalam ruang yang disediakan.

2. Karut Pattani - tiada paluan yang dibenarkan melainkan sewaktu korus.

3. Anda boleh menggunakan dua canang.

Selaku penganjur, kami berharap sangat agar para pendikir tidak memperlekehkan sesi taklimat yang dijalankan. Harap para wakil yang hadir bukan dipilih untuk sekadar mengisi ruang dan mencabut nombor, kerana rasanya apa yang diutarakan/disoal telah pun dibincang pada majlis taklimat. Andainya agenda di  majlis taklimat perlu diulang berkali-kali, maka sia-sialah peranan serta fungsi diadakan majlis taklimat itu sendiri.

Majlis taklimat pada kali ini berlangsung selama 2 jam. Agak payah bagi pihak penganjur untuk menulis segala inti pati majlis tersebut ke dalam blog. Mungkin itu menjadi amalan pertandingan yang lain, namun kami berharap agar soalan-soalan yang pernah ditanya pada waktu taklimat dapat disampaikan kepada semua yang terlibat supaya tidak menyukarkan mana-mana pihak, lebih-lebih lagi kepada individu yang bukan tergolong dalam jawatankuasa penganjur.

Terlanjur ada permintaan untuk mengemas kini blog, maka diharap apa yang tertera ini dibaca seadanya dan dijadikan pegangan. Kedua-dua pihak penganjur dan pihak peserta mempunyai tanggungjawab masing-masing.


Terima kasih,


B. Kerja administrasi

Penghantaran senarai nama peserta serta dokumen untuk membuktikan kelayakan peserta perlu dijalankan pada 24 Mei 2014, jam 6 petang hingga 8 malam di Kelab Masyarakat Potong Pasir. Tiket-tiket boleh diambil pada hari itu. Kumpulan-kumpulan yang belum melunaskan wang tiket perlu membawa wang tiket sebegaimana yang dijelaskan pada majlis taklimat.



C. Berikut merupakan waktu untuk melaporkan diri pada hari pertandingan kelak.


Pertandingan akan bermula pada jam 1.30 tengah hari.

Kumpulan-kumpulan berikut perlu melaporkan diri pada jam 1 tengah hari.


1. Sekolah Menengah Fuhua (Lelaki)
2. Sekolah Menengah Fuhua (Wanita)
3. Sekolah Menengah Jurongville (Wanita)
4. Sekolah Menengah Xin Min (Lelaki)
5. Sekolah Menengah Jurongville (Lelaki)


Kumpulan-kumpulan berikut perlu melaporkan diri pada pukul 2.15 petang

1. Politeknik Nanyang (Lelaki)
2. Politeknik Temasek (Lelaki)
3. Politeknik Singapura (Wanita)
4. ITE West (Wanita)
5. ITE East (Wanita)

Kumpulan-kumpulan berikut perlu melaporkan diri pada pukul 3.15 petang

6. Politeknik Repablik (Wanita)
7. Politeknik Singapura (Lelaki)
8. Politeknik Repablik (Lelaki)
9. ITE East (Lelaki)
10. ITE West (Lelaki)
11. Politeknik Ngee Ann (Lelaki)


Kumpulan-kumpulan berikut perlu melaporkan diri pada pukul 5.15 petang


12. Politeknik Nanyang (Wanita)
13. Politeknik Temasek (Wanita)
14. Politeknik Ngee Ann (Wanita)



Semoga segalanya berjalan lancar kelak, Insya-Allah.


Terima kasih sekalung budi.


yang menjalankan tugas
AJK Suara Serumpun 2014












Tuesday, March 11, 2014

Pengambilan Resit

Para peserta sekalian,


Anda boleh mengambil resit daripada para pegawai yang bertugas di Kelab Masyarakat Potong Pasir bermula hari ini, jam 12 tengah hari.

Harap aklum.



Yang menjalankan tugas,
Djohan A Rahman

Sunday, March 2, 2014

Wang Penyertaan, Penghantaran Senikata dan Tiket

Alhamdulillah.

Kesemua kumpulan yang ingin mengambil bahagian telah menghantar senikata dan membuat pembayaran wang penyertaan sebelum jam 9 malam. Bukan itu sahaja, ada juga kumpulan yang telah membuat pembayaran penuh bagi pembelian tiket. Syabas!

Oleh yang sedemikian, resit bagi penyertaan akan diberikan selewat-lewatnya pada 15 Mac 2014.
Tiket juga akan diberikan pada tarikh itu (bagi kumpulan-kumpulan yang telah membuat pembayaran penuh).


Berikut merupakan senarai institusi yang telah membuat pembayaran tiket.

1. ITE West (L) - 20 tiket
2. ITE West (P) - 27 tiket
3. ITE East (L) - 20 tiket
4. ITE East (P) - 20 tiket
5. Ngee Ann Poly (P) - 20 tiket
6. Ngee Ann Poly (L) - 20 tiket
7. Republic Poly (P) - 20 tiket
8. Singapore Poly (L) - 20 tiket
9. Singapore Poly (P) - 20 tiket

Bagi kumpulan-kumpulan yang belum membuat pembayaran tiket, anda diminta membuat pembayaran itu selewat-lewatnya pada 30 April 2014. Mungkin setiap kumpulan sudah boleh mewarwarkan berita mengenai pertandingan ini supaya dapat mula menjual tiket-tiket yang wajib dibeli.


Akhir kalam, terima kasih kerana dapat menghasilkan naskhah senikata masing-masing mengikut jadual masa yang ditetapkan. Selamat berlatih!