Friday, December 9, 2011

Inter alumni

Salam sejahtera.

Memandangkan terdapat hanya lima kumpulan alumni yang ingin mengambil bahagian, dan seperti mana yang dipersetujui, pertandingan alumni kini dibuka kepada kumpulan-kumpulan alumni dari ITE.

Namun, terdapat beberapa perkara penting yang harus diambil kira.

1) Setiap kumpulan alumni ITE haruslah mempunyai ahli yang berasal dari ITE yang sama. Ini bermaksud, hanya ITE-ITE yang belum dikelompokkan yang dibenarkan bertanding. Contohnya, ITE Ang Mo Kio, ITE Bedok, ITE Tampines, ITE Balestier dan sebagainya.

ITE-ITE terkini yang dikelompokkan (ITE Central, ITE East Campus) tidak dibenarkan masuk bertanding.


2) Hanya ahli yang berjaya tamat pengajian yang dibenarkan bertanding. Mereka yang berhenti separuh jalan digolongkan sebagai 'ex-student' dan bukan 'alumni'.


3) Adalah menjadi tanggungjawab setiap kumpulan untuk memastikan setiap anggota mempunyai bukti bertulis yang menyatakan bahawa ahli itu pernah menamatkan pengajiannya di ITE tersebut. Sekiranya dokumen itu hilang, anda mempunyai sehingga bulan Jun untuk mendpatkan salinan rasmi. Sekiranya seseorang ahli kumpulan tidak berjaya mendapatkan sebarang bukti, maka dia tidak akan dibenarkan bertanding.

Terma dan syarat akan dijelaskan pada satu majlis taklimat kelak.


4) Tema bagi pertandingan adalah seperti berikut: Suka

5) Majlis taklimat bagi pertandingan antara institusi inter alumni akan diadakan di Kelab Masyarakat Potong Pasir pada 19 Disember 2011 jam 8 malam. Setiap kumpulan diminta menghantar wakil bagi majlis taklimat itu. Wakil harus membawa $10 sebagai wang muka bagi cabutan nombor bagi urutan persembahan.

6) Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya melalui e-mel

djohanrahman@hotmail.com



yang menjalankan tugas,
djohan a rahman

Wednesday, December 7, 2011

PERTANDINGAN INTER-POLY ALUMNI

Salam hormat,

Sejauh ini, hanya empat kumpulan yang menunjukkan minat untuk bertanding. Kumpulan-kumpulan tersebut adalah seperti berikut:

1. Nanyang Poly - Lelaki
2. Republic Poly - Perempuan
3. Temasek Poly A - Panjy Sri Temasek A
4. Temasek Poly B - Panjy Sri Temasek B
5. Ngee Ann Poly - Adiratna


Sekiranya terdapat kumpulan lain yang berminat, sila hubungi wakil penganjur melalui alamat e-mel yang berikut

djohanrahman@hotmail.com


Terima kasih.