Sunday, April 21, 2013

Last of the Last

Berikut merupakan kumpulan-kumpulan yang bakal bertanding mengikut urutan:

1. Politeknik Singapura - Seri Thera
2. ITE East - Sri Tri Buana
3. Politeknik Nanyang - Betara Karisma
4. ITE West - Kemudi Wilmana
5. ITE East - Sutera Madura
6. Politeknik Ngee Ann - Paduka
7. Politeknik Temasek - Panjy Sry Temasek
8. Politeknik Ngee Ann - Adiratna
9. Politeknik Nanyang - Dewi Kalista
10. Politeknik Singapura - Keturunan Putera
11. Politeknik Repablik - Ratiana
12. Politeknik Repablik - Wira


Alumni
1. Politeknik Temasek - Sry Temasek
2. ITE Ang Mo Kio - PB6K
3. Politeknik Temasek - Temasek Young Lions
4. ITE Bedok - Seni Dayung
5. Politeknik Singapura - Putra Adiwangsa
6. Politeknik Nanyang - Satu Padu




Setiap kumpulan diminta hadir ke Kelab Masyarakat Potong Pasir pada 11 Mei 2013 dari jam 4 pm - 6pm untuk memberi dokumen-dokumen yang membuktikan kelayakan peserta bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan juga diminta memberi senarai peserta untuk pertandingan itu. Masukkan sekali senarai pemain simpanan. Sebarang penukaran peserta haruslah berlandaskan senarai nama yang diberi pada 11 Mei 2013.

Setiap kumpulan juga diwajibkan membawa wang tiket pada hari itu. Pembahagian DVD berdasarkan yang dahulu didahulukan.


Peringatan terakhir.

Kalau tak layak nak main ini comp, jangan jadi nakal dan degil nak main juga. Jangan sabo members sendiri. Tak baik tau.


yang menjalankan tugas
Sophian Hadi


Thursday, April 18, 2013

Maklumat Terkini

Salam sejahtera semuanya.

Pastinya ramai pendikir yang sedang giat berlatih untuk menempuh pertandingan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Di sini kami ingin mengutarakan tiga perkara yang bersangkutan dengan pertandingan Suara Serumpun.



1. Kelayakan Anggota

a) Ingin dimaklumkan bahawa para pelajar yang akan menamatkan pengajian mereka sebelum 7 Julai 2013 hanya layak untuk menyertai kumpulan semasa. Anda tidak dibenarkan untuk menyertai kumpulan alumni. Ini bermakna sekiranya anda tamat pengajian anda pada April 2013 (misalnya), anda masih layak untuk mewakili kumpulan semasa sesebuah institusi.

b) Kami ingin menegaskan lagi akan ketulusan para peserta. Kami benar-benar berharap hanya peserta yang layak sahaja yang dibenarkan turut serta dalam pertandingan ini. Usahlah akibat nila setitik, rosak susu sebelanga. Kumpulan-kumpulan yang didapati menyertakan peserta yang tidak layak untuk bertanding akan dikira melanggar peraturan asas dan tiada markah akan diberi untuk persembahan itu. Perkara ini dilihat sebagai satu percubaan untuk menipu pihak penganjur. Usahlah berkelakuan sedemikian. Kasihanilah para peserta yang lain. Penat lelah mereka terpaksa dibatalkan akibat kehendak beberapa individu.

Bukan itu sahaja. Pihak penganjur akan menghantar sepucuk surat rasmi kepada guru yang bertanggungjawab serta dekan institusi tersebut untuk memaklumkan tentang pelanggaran peraturan itu. Berkemungkinan besar, dikir barat tidak akan dibenarkan lagi di institusi itu.

Oleh yang sedemikian, fikirlah secara matang. Janganlah tewas dengan kehendak peribadi sehingga mencemar nama baik seni yang kita cintai ini.




2. Pengesahan Kategori.

Memandangkan terdapat sedikir rombakan, serta ruang dewan yang terbatas akibat kerja-kerja ubah elok, berikut merupakan kategori serta hadiah yang ditawarkan.


Kategori Pelajar - Terbuka
Tempat pertama - $400 berserta trofi
Tempat kedua - $300 berserta trofi
Tempat ketiga - $200 berserta trofi
Piala Srikandi -  $200 berserta trofi khas


Kategori Alumni
Tempat pertama - $800 berserta trofi
Tempat kedua - $400 berserta trofi
Tempat ketiga - trofi




3. Dokumen pengesahan dan tiket

Kepada semua kumpulan, anda diminta menyediakan dokumen pengesahan bagi merasmikan kelayakan setiap anggota. Pada masa yang sama, anda diminta menyediakan wang untuk pembayaran tiket pada hari itu. Tarikh yang ditetapkan jatuh pada 27 April, 2-4 petang, di Kelab Masyarakat Potong Pasir (KFC).

Kumpulan-kumpulan yang belum melunaskan wang tiket diwajibkan melunaskan pembayaran ini.



Kerjasama daripada semua pihak amat kami hargai.

Yang menjalankan tugas,
Sophian Hadi