Friday, December 9, 2011

Inter alumni

Salam sejahtera.

Memandangkan terdapat hanya lima kumpulan alumni yang ingin mengambil bahagian, dan seperti mana yang dipersetujui, pertandingan alumni kini dibuka kepada kumpulan-kumpulan alumni dari ITE.

Namun, terdapat beberapa perkara penting yang harus diambil kira.

1) Setiap kumpulan alumni ITE haruslah mempunyai ahli yang berasal dari ITE yang sama. Ini bermaksud, hanya ITE-ITE yang belum dikelompokkan yang dibenarkan bertanding. Contohnya, ITE Ang Mo Kio, ITE Bedok, ITE Tampines, ITE Balestier dan sebagainya.

ITE-ITE terkini yang dikelompokkan (ITE Central, ITE East Campus) tidak dibenarkan masuk bertanding.


2) Hanya ahli yang berjaya tamat pengajian yang dibenarkan bertanding. Mereka yang berhenti separuh jalan digolongkan sebagai 'ex-student' dan bukan 'alumni'.


3) Adalah menjadi tanggungjawab setiap kumpulan untuk memastikan setiap anggota mempunyai bukti bertulis yang menyatakan bahawa ahli itu pernah menamatkan pengajiannya di ITE tersebut. Sekiranya dokumen itu hilang, anda mempunyai sehingga bulan Jun untuk mendpatkan salinan rasmi. Sekiranya seseorang ahli kumpulan tidak berjaya mendapatkan sebarang bukti, maka dia tidak akan dibenarkan bertanding.

Terma dan syarat akan dijelaskan pada satu majlis taklimat kelak.


4) Tema bagi pertandingan adalah seperti berikut: Suka

5) Majlis taklimat bagi pertandingan antara institusi inter alumni akan diadakan di Kelab Masyarakat Potong Pasir pada 19 Disember 2011 jam 8 malam. Setiap kumpulan diminta menghantar wakil bagi majlis taklimat itu. Wakil harus membawa $10 sebagai wang muka bagi cabutan nombor bagi urutan persembahan.

6) Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya melalui e-mel

djohanrahman@hotmail.com



yang menjalankan tugas,
djohan a rahman

Wednesday, December 7, 2011

PERTANDINGAN INTER-POLY ALUMNI

Salam hormat,

Sejauh ini, hanya empat kumpulan yang menunjukkan minat untuk bertanding. Kumpulan-kumpulan tersebut adalah seperti berikut:

1. Nanyang Poly - Lelaki
2. Republic Poly - Perempuan
3. Temasek Poly A - Panjy Sri Temasek A
4. Temasek Poly B - Panjy Sri Temasek B
5. Ngee Ann Poly - Adiratna


Sekiranya terdapat kumpulan lain yang berminat, sila hubungi wakil penganjur melalui alamat e-mel yang berikut

djohanrahman@hotmail.com


Terima kasih.

Wednesday, November 30, 2011

Urutan Persembahan

Salam sejahtera.

Terdahulunya, ribuan terima kasih kepada semua wakil yang sudi menghadirkan diri pada majlis taklimat petang tadi.

Setelah dicabut undi, urutan persembahan bagi pertandingan dikir barat inter-poly adalah seperti berikut:

1. Paduka - Ngee Ann Poly (B)
2. N2T - Temasek Poly (G)
3. Adiratna - Ngee Ann Poly (G)
4. Seri Thera - Singapore Poly (G)
5. Dewi Khalista - Nanyang Poly (G)
6. Nira Nyertika - Temasek Poly (G)
7. Betara Karisma - Nanyang Poly (B)
8. Dalam Kenangan - Temasek Poly (B)
9. Keturunan Putera - Singapore Poly (B)
10. Wira - Republic Poly (B)
11. Ratiana Pekaca - Republic Poly (G)
12. Dalam Kenanganku - Temasek Poly (B)
13. Endang - Republic Poly (G)

Tema bagi pertandingan ialah: Satu

Setiap kumpulan diwajibkan membeli 20 tiket. Setiap satu tiket berharga $10.

Tarikh penghantaran 5 salinan senikata adalah pada 3 Februari 2012, dari 5pm - 7pm di Kelab Masyarakat Potong Pasir.

Masa laporan akan diberitahu kelak.



oooOOOooo


Pertandingan inter-poly (Alumni)

Sejauh ini, terdapat tiga kumpulan yang menunjukkan minat untuk bertanding. Kumpulan-kumpulannya ialah:

a) Republic Poly
b) Temasek Poly
c) Nanyang Poly


Tarikh tutup penyertaan untuk pertandingan inter-poly alumni jatuh pada 8hb Disember 2011.
Tema bagi pertandingan ini ialah: Suka

Bagi mereka yang berminat, sila hubungi wakil penganjur di emel yang berikut:

djohanrahman@hotmail.com

selewat-lewatnya pada 8 Disember 2011.


Penyertaan anda amat dialu-alukan.


yang menjalankan tugas,
Djohan A Rahman







Juara 2011

Saturday, November 26, 2011

Pertandingan Suara Serumpun Interpoly 2012

Salam sejahtera kepada semua.

Maklumat bagi pertandingan dikir barat Suara Serumpun Inter-Polytechnic adalah sperti berikut:

Tarikh: 1 Julai 2012
Masa: 3pm
Lokasi: Kelab Masyarakat Potong Pasir



Maklumat bagi pertandingan dikir barat Suara Serumpun Inter-Polytechnic adalah sperti berikut:

Tarikh: 30 November 2011
Masa: 6pm
Lokasi: Kelab Masyarakat Potong Pasir



Para wakil dijemput hadir.



Sunday, July 24, 2011

Keputusan Suara Serumpun 2011

Salam hormat kepada semua.




Berikut merupakan keputusan bagi pertandingan Piala Suara Serumpun 2011.





1) Keturunan Putera (SP) - 426.5 pts

2) Peeyestee (TP) - 403.5 pts

3) PST (TP) - 397.5 pts

4) Nira Nyertika (TP) - 360 pts

5) Adiratna (NP) - 351 pts

6) Seri Thera (SP) - 347 pts

7) Betara Karisma (NYP) - 336 pts

8) Endang (RP) - 329 pts

9) Dewi Khalista (NYP) - 307.5 pts





Anugerah Lagu Terbaik

Adiratna (NP)







Anugerah Piala Srikandi

Nira Nyertika (TP)







Anugerah Juara Terbaik

Keturunan Putera (SP) - 78 pts

PST (P) - 62.5 pts

Dewi Kalista (NYP) - 62 pts







Anugerah Karut Terbaik

Peeyestee (TP) - 78.5 pts

Keturunan Putera (SP) - 73 pts

Adiratna (NP) - 73 pts







Anugerah Awok-awok Terbaik

Keturunan Putera (SP) - 70.5 pts

PST (TP) - 64.5 pts

Peeyestee (TP) - 62.5 pts







Anugerah Paluan Terbaik


Keturunan Putera (SP) - 75 pts

PST (TP) - 71 pts

Peeyestee (TP) - 65 pts









Anugerah Senikata Terbaik


Peeyestee (TP) 82.5 pts

PST (TP) - 76 pts

Keturunan Putera (SP) - 71 pts







Terima kasih kepada semua peserta serta penonton kerana telah menjayakan pertandingan ini.



Semoga kita berjumpa lagi di Suara Serumpun 5 Inter Poly 2012.









Yang menjalankan tugas,

Djohan A Rahman