Saturday, January 19, 2013

Piala Suara Serumpun 2013 - Terkini

Salam hormat kepada semua.

KATEGORI INTER POLY dan ITE

Sejauh ini, kami mendapat khabar bahawa kumpulan-kumpulan berikut ingin mengambil bahagian:

a) Temasek Poly (A)
b) Temasek Poly (B)
c) Temasek Poly (C)
d) Republic Poly
e) Nanyang Poly
f) Singapore Poly (A)
g) Singapore Poly (B)
h) ITE East
i) ITE West


Setiap wakil diminta menyediakan wang muka sebanyak $20 untuk mengambil nombor undian persembahan.

Wang penyertaan ialah $80.
Setiap kumpulan diwajibkan membeli 20 tiket.
Wang pemenang masih dalam perundingan. Sejauh ini, kami tetap menyediakan wang pemenang bagi para pememang. Namun kami dimaklumkan bahawa pertandingan Khatulistiwa tidak menyediakan sebarang wang pemenang. Kami sedang merujuk sama ada hal ini bersangkutan dengan perintah pihak MOE atas pembayaran langsung kepada institusi pengajian tinggi.



Tema bagi kategori ini ialah: Semula Jadi

Senikata harus dihantar 8 Mac 2013 di Yio Chu Kang CC dari jam 7 malam hingga  9 malam.




KATEGORI BEKAS PELAJAR (Perlu disahihkan bukti aktivis berasal dari institusi berikut)


Sejauh ini, kami mendapat khabar bahawa kumpulan-kumpulan berikut ingin mengambil bahagian:

a) Temasek Poly (A)
b) Nanyang Poly
c) ITE Bedok
d) ITE Ang Mo Kio
e) Singapore Poly
f) Tanglin Sec Sch
g) ITE Dover
h) ITE Tampines
i) Bartley Sec


Setiap wakil diminta menyediakan wang muka sebanyak $20 untuk mengambil nombor undian persembahan. Setiap kumpulan diwajibkan membeli 20 tiket.

Wang penyertaan ialah $100.
Setiap kumpulan diwajibkan membeli 20 tiket.
Wang bagi pemenang:
Juara - $1000 berserta trofi
Naib JUara - $500 berserta trofi
Tempat Ketiga - Trofi


Namun, wang hadiah akan bergantung kepada jumlah penyertaan kumpulan.


Nota
Para aktivis yang ingin ambil bahagian dalam kategori ini wajib menunjukkan bukti bahawa belia benar-benar berasal dari institusi tersebut. Sekiranya menimbulkan kesulitan bagi mana-mana pihak, pihak penganjur dengan dukacitanya tidak dapat menerima aktivis tersebut sebagai anggota kumpulan yang membuat persembahan.


Tema bagi kategori ini ialah: Kasar
Senikata harus dihantar 8 Mac 2013 di Yio Chu Kang CC dari jam 7 malam hingga  9 malam.


Tiket pertandingan berharga $14 berserta satu keping DVD Mega Perdana 2010 Peringkat Akhir yang asli atas ikhsan pihak penerbit rancangan yang ditayangkan secara langsung itu. Namun, hanya terdapat 450 keping DVD sahaja. Oleh yang sedemikian, pembahagian DVD itu akan mengikut format yang dahulu didahulukan.


Sehingga kita bersua lagi di majlis taklimat yang akan berlangsung pada 28 Januari 2013, pada jam 7:30 malam di Kelab Masyarakat Potong Pasir (aras dua), selamat menikmati hujung minggu bersama keluarga tersayang.


yang menjalankan tugas,

Sophian Hadi 
83996149 

atau

Soffian Haron @ Atengkoz
83837095









Tuesday, January 15, 2013

Suara Serumpun 2013

Salam sejahtera semuanya.


Di sini, wakil daripada MAEC Kelab Masyarakat Potong Pasir ingin menjemput kumpulan-kumpulan untuk bertanding dalam pertandingan ini.

Kali ini, pertandingan ini akan terbahagi kepada dua kategori:

1) antara politeknik, dan
2) bekas pelajar.


Untuk kategori antara politeknik, hanya pelajar-pelajar yang masih menuntut sahaja yang dibenarkan turut serta. Tarikh terawal tamat pengajian ialah pada 1 Dec 2012. Kategori ini juga akan dibuka kepada kumpulan-kumpulan daripada ITE. Namun, tiada gabungan institusi yang dibenarkan.


Untuk kategori antara politeknik buat bekas pelajar pula, sesiapa sahaja yang pernah menuntut di institusi itu dibenarkan bertanding (asalkan dapat memberi bukti yang sahih). Tiada gabungan institusi juga dibenarkan. Kategori ini juga membenarkan kumpulan-kumpulan dari ITE. dan sekolah menengah untuk mengambil bahagian.


Pertandingan akan dijalankan pada 7 July 2013, di Kelab Masyarajkat Potong Pasir, dari jam 2 petang.

Majlis taklimat akan diadakan di Kelab Masyarakat Potong Pasir pada 28 Jan di Kelab Masyarakat Potong Pasir jam 7.30 malam.


Sekian, terima kasih.