Thursday, May 27, 2010

Suara Serumpun 3 - Berita Terkini Sekolah Menengah

Berikut merupakan berita terkini bagi Pertandingan Suara Serumpun 3 Peringkat Sekolah Menengah.


1. Ini merupakan pertandingan yang terakhir yang dianjur pihak kami.

2. Semua kumpulan diminta siap menyalin pakaian dan melaporkan diri pada pukul 12.30 tengah hari di Yio Chu Kang CC. Setiap kumpulan diminta membawa wang $100 untuk pembelian tiket wajib.

3. Setiap murid harus ada bukti yang menunjukkan mereka itu murid jati sekolah yang diwakili. Sekiranya tiada bukti yang diberi, mereka tidak akan dibenarkan membuat persembahan.


4. Hanya 6 kumpulan yang akan bertanding. Berikut merupakan kumpulan-kumpulannya mengikut urutan persembahan adalah seperti yang berikut:



1. Sekolah Menengah Fuhua (Lelaki)
2. Sekolah Menengah Fuhua (Perempuan)
3. Sekolah Menengah Jurongville
4. Sekolah Menengah Bedok View
5. Sekolah Menengah Ping Yi
6. Sekolah Menengah Marsiling


Selamat bertandinga,


Majulah seni bangsa berdaulat.

Wednesday, May 19, 2010

Harap Ambil Perhatian

Siri Suara Serumpun 3 merupakan siri terakhir pertandingan dikir barat peringkat sekolah menengah yang akan dianjurkan oleh kumpulan Andika.

Semoga pertandingan ini berjalan lancar. Kepada kumpulan-kumpulan yang berkenaan, harap nantikan pertandingan antara sekolah yang akan dianjurkan oleh institusi-institusi lain.


Yang menjalankan tugas,
Djohan A Rahman

Sunday, May 16, 2010

Pendaftaran

Pertandingan Antara Sekolah Menengah

Setiap sekolah diminta melaporkan diri di Yio Chu Kang CC pada pukul 12.30pm. Pertandingan akan bermula pada jam 1.30 petang. Penonton dibenarkan masuk pada pukul 1 petang. Masih terdapat sekolah yang belum melunaskan wang tiket yang wajib dibeli, dan juga wang penyertaan. Diharap perkara ini dapat segera diperkemaskan. Ini penting supaya tidak timbul sebarang kegenjotan yang mungkin boleh menjejas kelancaran pertandingan. Terdapat 8 sekolah yang mengambil bahagian.

Berita terkini, Sekolah Menengah Fuhua (Lelaki) akan mengambil alih Sekolah Tinggi Bukit Panjang yang menarik diri atas alasan peribadi.

Untuk memastikan tahap yuran pendaftaran serta wang tiket yang wajib dibeli, sila hubungi Saudara Djohan melalui emel djohanrahman@hotmail.com

Harap maklum.


Pertandingan Inter Poly

Sukacita dimaklumkan semua kumpulan telah pun menghantar senikata, di samping menjelaskan wang pendaftaran serta membayar wang tiket yang wajib dibeli.

Setiap kumpulan diminta mendaftarkan diri di Yio Chu Kang CC pada pukul 3 petang. Pertandingan akan bermula pada pukul 3.30 petang. Para penonton dibenarkan masuk pada pukul 3 petang jua.

Terdapat 9 kumpulan yang akan bertanding pada hari itu. Tiket masih lagi dijual pada petang itu.


Para pengadil pada hari itu ialah:

1. Sdr Yaziz
2. Sdr Ruslighani
3. Sdr Faizal (Es Pea - Yenbo Je)
4. Sdr Faizal Khan (Panjy)




Peringatan

Penghantaran borang pertandingan boling akan bermula pada jam 6 petang di Yio Chu Kang CC.