Sunday, May 25, 2014

Waktu Laporan Terkini

Salam sejahtera


Berikut merupakan waktu laporan terkini untuk para peserta Pertandingan Suara Serumpun 2014.


Kumpulan-kumpulan berikut perlu melaporkan diri pada pukul 10.30 pagi

1. Sekolah Menengah Fuhua (Wanita)
2. Sekolah Menengah Jurongville (Wanita)
3. Sekolah Menengah Xin Min (Lelaki)
4. Sekolah Menengah Jurongvilee (Lelaki)


Kumpulan-kumpulan berikut perlu melaporkan diri pada pukul 1.00 tengah hari. 

1. Politeknik Nanyang (Lelaki)
2. Politkenik Temasek (Lelaki)
3. Politeknik Singapura (Wanita)
4. ITE West (Wanita)
5. ITE East (Wanita)




Kumpulan-kumpulan berikut perlu melaporkan diri pada pukul 2.15 petang

6. Politeknik Repablik (Wanita)
7. Politkenik Singapura (Lelaki)
8. Politeknik Repablik (Lelaki)
9. ITE East (Lelaki)
10. ITE West (Lelaki)


Kumpulan-kumpulan berikut perlu melaporkan diri pada pukul 4 petang. 

11. Politeknik Ngee Ann (Lelaki)
12. Politkenik Nanyang (Wanita)
13. Politeknik Temasek (Wanita)
14. Politeknik Ngee Ann (Wanita)



NOTA PENTING

Tiket bagi Suara Serumpun 2014 sudah habis dijual.
Untuk memenuhi permintaan, pertandingan antara sekolah menengah akan dijalan bersama pertandingan Si Cilik. Pertandingan Si Cilik akan bermula pada jam 10 pagi. Diharapkan ini akan memberi ruag kepada mereka yang ingin menyaksikan pertandingan kategori antara sekolah menengah, kerana sehingga kini hanya Sekolah Menengah Jurongville yang telah menempah tiket.

Kategori sekolah menengah dijangkakan tamat pada jam 1 tengah hari. Guru-guru  boleh membuat perancangan dari segi pengangkutan  khususnya bagi para pelajar yang ingin pulang ke sekolah. Para guru mempunyai pilihan untuk terus mengikuti pertandingan Suara Serumpun sehingga jam 6 petang atau mengikut sekolah-sekolah yang bertanding dalam pertandingan Si Cilik dan pulang pada selewat-lewatnya jam 1 tengah hari.


Semoga segalanya berjalan lancar kelak, Insya-Allah.

yang menjalankan tugas
Djohan A Rahman











Wednesday, May 7, 2014

Maklumat Terkini, Tarikh Penghantaran Dokumen dan Waktu Melaporkan Diri

Salam sejahtera.

A. Adegan ulang tayang.

Di sini kami ingin memaklumkan sekali lagi tentang apa yang sudah dibincangkan pada majlis taklimat tempoh hari.

1. Anda boleh menggunakan dua gong. Namun kalau tempat yang disediakan kecil, maka para pendikir perlu menyesuaikan diri di dalam ruang yang disediakan.

2. Karut Pattani - tiada paluan yang dibenarkan melainkan sewaktu korus.

3. Anda boleh menggunakan dua canang.

Selaku penganjur, kami berharap sangat agar para pendikir tidak memperlekehkan sesi taklimat yang dijalankan. Harap para wakil yang hadir bukan dipilih untuk sekadar mengisi ruang dan mencabut nombor, kerana rasanya apa yang diutarakan/disoal telah pun dibincang pada majlis taklimat. Andainya agenda di  majlis taklimat perlu diulang berkali-kali, maka sia-sialah peranan serta fungsi diadakan majlis taklimat itu sendiri.

Majlis taklimat pada kali ini berlangsung selama 2 jam. Agak payah bagi pihak penganjur untuk menulis segala inti pati majlis tersebut ke dalam blog. Mungkin itu menjadi amalan pertandingan yang lain, namun kami berharap agar soalan-soalan yang pernah ditanya pada waktu taklimat dapat disampaikan kepada semua yang terlibat supaya tidak menyukarkan mana-mana pihak, lebih-lebih lagi kepada individu yang bukan tergolong dalam jawatankuasa penganjur.

Terlanjur ada permintaan untuk mengemas kini blog, maka diharap apa yang tertera ini dibaca seadanya dan dijadikan pegangan. Kedua-dua pihak penganjur dan pihak peserta mempunyai tanggungjawab masing-masing.


Terima kasih,


B. Kerja administrasi

Penghantaran senarai nama peserta serta dokumen untuk membuktikan kelayakan peserta perlu dijalankan pada 24 Mei 2014, jam 6 petang hingga 8 malam di Kelab Masyarakat Potong Pasir. Tiket-tiket boleh diambil pada hari itu. Kumpulan-kumpulan yang belum melunaskan wang tiket perlu membawa wang tiket sebegaimana yang dijelaskan pada majlis taklimat.



C. Berikut merupakan waktu untuk melaporkan diri pada hari pertandingan kelak.


Pertandingan akan bermula pada jam 1.30 tengah hari.

Kumpulan-kumpulan berikut perlu melaporkan diri pada jam 1 tengah hari.


1. Sekolah Menengah Fuhua (Lelaki)
2. Sekolah Menengah Fuhua (Wanita)
3. Sekolah Menengah Jurongville (Wanita)
4. Sekolah Menengah Xin Min (Lelaki)
5. Sekolah Menengah Jurongville (Lelaki)


Kumpulan-kumpulan berikut perlu melaporkan diri pada pukul 2.15 petang

1. Politeknik Nanyang (Lelaki)
2. Politeknik Temasek (Lelaki)
3. Politeknik Singapura (Wanita)
4. ITE West (Wanita)
5. ITE East (Wanita)

Kumpulan-kumpulan berikut perlu melaporkan diri pada pukul 3.15 petang

6. Politeknik Repablik (Wanita)
7. Politeknik Singapura (Lelaki)
8. Politeknik Repablik (Lelaki)
9. ITE East (Lelaki)
10. ITE West (Lelaki)
11. Politeknik Ngee Ann (Lelaki)


Kumpulan-kumpulan berikut perlu melaporkan diri pada pukul 5.15 petang


12. Politeknik Nanyang (Wanita)
13. Politeknik Temasek (Wanita)
14. Politeknik Ngee Ann (Wanita)



Semoga segalanya berjalan lancar kelak, Insya-Allah.


Terima kasih sekalung budi.


yang menjalankan tugas
AJK Suara Serumpun 2014