Wednesday, February 27, 2013

Urutan Persembahan

Berikut merupakan urutan persembahan bagi pertandingan yang bakal berlangsung.


Current Students
No
Nama Sekolah
Nama Kumpulan
1
Politeknik Singapura (G)
Seri Thera
2
ITE East (B)
Sri Tri Buana
3
Politeknik Nanyang (B)
Betara Karisma
4
ITE West (B)
Kemudi Wilmana
5
ITE East (G)
Sutera Madura
6
Politeknik Ngee Ann (B)
7
Politeknik Temasek (B)
Panjy Sry Temasek
8
Politeknik Ngee Ann (G)
Adiratna
9
Politeknik Nanyang (G)
Dewi Kalista
10
Politeknik Singapura (B)
Keturunan Putera
11
Politeknik Republic (G)
Ratiana
12
Politeknik Temasek (G)
Nira Nyertika
13
Politeknik Republic (B)
Wira


Alumni
No
Nama Sekolah
Nama Kumpulan
1
ITE Ang Mo Kio
PB6K
2
ITE Dover
Kampung Che Barat
3
Politeknik Temasek
Temasek Young Lions
4
ITE Bedok
Seni Dayung
5
ITE Bedok
Lagenda Seni Dayung
6
Politeknik Singapura
Putra Adiwangsa
7
Politeknik Nanyang
Belum Decide




 Terima kasih sekalung budi.

Monday, February 25, 2013

Maklumat Terkini


Salam sejahtera kepada semua

Kepada para peserta, pastinya semua sedang gigih menjalankan latihan. Berikut ingin dimaklumkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan Pertandingan Dikir Barat Suara Serumpun 2013.



1.    Setiap kumpulan diwajibkan menghantar 6 salinan senikata pada hari Jumaat ini, 1 Mac 2013, dari jam 7 malam hingga 9 malam di aras dua, Kelab Masyarakat Yio Chu Kang.

2.    Pada tarikh penghantaran senikata juga, setiap kumpulan diminta membawa wang tiket yang wajib dibeli. Jumlah sepenuhnya ialah 20 tiket x $14 = $280.00 Setiap kumpulan juga diminta membayar jumlah baki bagi wang pendaftaran - $60.00 (pelajar) dan $80.00 (alumni). Salinan DVD juga akan diberi kepada kumpulan yang melunaskan wang tiket pada hari itu.

3.    Hanya 450 DVD yang akan diedarkan. Oleh yang sedemikian, pembahagian DVD yang dilampirkan dengan tiket adalah berdasarkan yang dahulu akan didahulukan.


Berikut pula merupakan peraturan pertandingan yang lebih terperinci.


Pembukaan

1.    Tiada markah bonus yang diberi. Namun sekiranya terdapat kesilapan yang berlaku, markah akan ditolak.
2.    Hanya seorang pemain rebana ibu dan rebana anak sahaja yang dibenarkan membuat persembahan.
3.    Hanya sebuah gong yang dibenarkan dalam setiap persembahan. Penggunaan dua canang yang mempunyai nada bunyi yang berbeza dibenarkan sepanjang persembahan.



Juara

1.    Lagu juara diwajibkan hasil ciptaan asli.
2.    Lagu juara harus mengikut rentak asas empat kiraan. Sepanjang persembahan juga harus mengikut asas empat kiraan dan setiap teup atas gong itu wajib.




Karut

1.    Lagu karut yengki dibenarkan diubahsuai alunan lagunya asalkan mengikut hukum pantun berdasarkan suku kata.
2.    Lagu Kelantan haruslah mengikut nada asal bagi awok-awok.
3.    Permainan watak dibenarkan sepanjang pertandingan.
4.    Penggunaan props yang bersesuaian dibenarkan.
5.    Dalam karut Patani, ketika Tukang Karut sedang menyampaikan mesej, tiada iringan muzik yang dibenarkan.
6.    Penutup persembahan haruslah menggunakan irama lagu wau bulan.






Nota Tambahan
Tiada 'harmonisation' dibenarkan.
Pengulangan kata tidak dibernarkan melainkan yang tertera dalam naskhah senikata.
Props yang digunakan tidak boleh mengeluarkan bunyi.
Tepuk lima dibenarkan di antara stanza.
Karut kelantan tidak dibenarkan dipecah-pecah penyampaian setiap baris.


Masa persembahan akan dimulakan apabila secara rasmi sesebuah persembahan itu bermula. Kami memberikan had masa 11 minit bagi setiap persembahan. Bagi kumpulan yang membuat persembahan bawah 10 minit atau melampaui 11 minit, 5 markah akan dipotong bagi setiap 30 saat.


Terima kasih dan selamat berlatih!