Monday, February 24, 2014

Sedikit penerangan mengenai pertandingan

Salam hormat kepada semua peserta.


Terdapat segelintir pihak yang ingin bertanya mengenai format menghasilkan senikata mengikut hukum rima dalam pantun. Lazimnya, hukum rima dalam pantun mengikut hukum a,b,a,b.

Namun, ini bukan bermaksud yang baris pertama harus berbeza dengan baris yang kedua dari sudut sukukata akhir baris itu. Sekiranya keseluruhan pantun (dalam bahagian korus dan solo untuk juara) mempunyai penghujung sukukata yang serupa, hal ini tidak akan menjadi masalah. Perkara yang perlu ditekankan ialah senikata yang dihasilkan perlu mempunyai rima yang sama bagi baris pertama dan baris ketiga, juga bagi baris kedua dan baris keempat.

Untuk penerangan yang lebih khusus, sila lihat contoh-contoh pantun yang berikut:


Padi huma dialun tampi,
bertih jatuh tiada perasan;
hati sayu bermbah sepi,
tangan tidak tercapai bulan.


Tinggi pucuk pokok ketapang,
anak kambing dipinggir bendang;
andai dijemput pasti kudatang,
kasih bertakhta padamu seorang.



Kedua-dua pantun ini tidak mempunyai masalah dari sudut rima kerana memenuhi syarat a,b,a,b.


Harap maklum.



yang menjalankan tugas
Djohan A Rahman


PS
Jangan lupa untuk menghantar 5 salinan senikata pada Sabtu ini, dan membawa wang pendaftaran sekali. Bagi yang bersedia, wang tiket boleh dibayar pada hari yang sama. Penempahan juga dibuka pada hari Sabtu ini. Buat pengetahuan umum, 65% tiket sudah habis ditempah.


:)



Wednesday, February 5, 2014

Pertandingan Inter Poly 2014

Salam sejahtera para pendikir yang dihormati.
Majlis taklimat telah selamat dijalankan pada 28 Januari bertempat di Kelab Masyarakat Potong Pasir.

Setelah undian dijalankan, berikut merupakan urutan persembahan:

Kategori Sekolah Menengah

1. Sekolah Menengah Fuhua (Lelaki)
2. Sekolah Menengah Fuhua (Wanita)
3. Sekolah Menengah Jurongville (Wanita)
4. Sekolah Menengah Xin Min (Lelaki)
5. Sekolah Menengah Jurongville (Lelaki)


Kategori IPT (Institut Pengajian Tinggi)

1. Politeknik Nanyang (Lelaki)
2. Politeknik Temasek (Lelaki)
3. Politeknik Singapura (Wanita)
4. ITE West (Wanita)
5. ITE East (Wanita)
6. Politeknik Repablik (Wanita)
7. Politeknik Singapura (Lelaki)
8. Politeknik Repablik (Lelaki)
9. ITE East (Lelaki)
10. ITE West (Lelaki)
11. Politeknik Ngee Ann (Lelaki)
12. Politeknik Nanyang (Wanita)
13. Politeknik Temasek (Wanita)
14. Politeknik Ngee Ann (Wanita)


Tema bagi Kategori Sekolah Menengah - Seberang
Tema bagi Kategori IPT - Api Dalam Sekam


Barisan Pengadil

1. R Azmann Bin Abdul Rahman
2. Djohan Bin Abdul Rahman
3. Nurfaizal Bin Ja'afar
4. Sdr Anwar Alonso (sedang bertugas, lambat bagi nama penuh. hehe)

Tarikh menghantar senikata dan pembayaran wang pendaftaran dan tiket: 1 Mac 2014 jam 7.30pm - 9pm 
Tarikh menentukan kesahihan peserta: Akan ditentukan kelak
Tarikh pertandingan : 7 Jun 2014 jam 2 petang

Senikata harus mengikut hukum rima dalam pantun.
Nama penulis yang sebenar wajib ditulis dalam naskhah senikata yang dihantar.


Selamat berlatih!

yang menjalankan tugas
Djohan A Rahman