Tuesday, March 11, 2014

Pengambilan Resit

Para peserta sekalian,


Anda boleh mengambil resit daripada para pegawai yang bertugas di Kelab Masyarakat Potong Pasir bermula hari ini, jam 12 tengah hari.

Harap aklum.



Yang menjalankan tugas,
Djohan A Rahman

Sunday, March 2, 2014

Wang Penyertaan, Penghantaran Senikata dan Tiket

Alhamdulillah.

Kesemua kumpulan yang ingin mengambil bahagian telah menghantar senikata dan membuat pembayaran wang penyertaan sebelum jam 9 malam. Bukan itu sahaja, ada juga kumpulan yang telah membuat pembayaran penuh bagi pembelian tiket. Syabas!

Oleh yang sedemikian, resit bagi penyertaan akan diberikan selewat-lewatnya pada 15 Mac 2014.
Tiket juga akan diberikan pada tarikh itu (bagi kumpulan-kumpulan yang telah membuat pembayaran penuh).


Berikut merupakan senarai institusi yang telah membuat pembayaran tiket.

1. ITE West (L) - 20 tiket
2. ITE West (P) - 27 tiket
3. ITE East (L) - 20 tiket
4. ITE East (P) - 20 tiket
5. Ngee Ann Poly (P) - 20 tiket
6. Ngee Ann Poly (L) - 20 tiket
7. Republic Poly (P) - 20 tiket
8. Singapore Poly (L) - 20 tiket
9. Singapore Poly (P) - 20 tiket

Bagi kumpulan-kumpulan yang belum membuat pembayaran tiket, anda diminta membuat pembayaran itu selewat-lewatnya pada 30 April 2014. Mungkin setiap kumpulan sudah boleh mewarwarkan berita mengenai pertandingan ini supaya dapat mula menjual tiket-tiket yang wajib dibeli.


Akhir kalam, terima kasih kerana dapat menghasilkan naskhah senikata masing-masing mengikut jadual masa yang ditetapkan. Selamat berlatih!